SEMINAR KEBANGSAAN MAJLIS DEKAN PENDIDIKAN
​UNIVERSTI AWAM 2021

"Kelestarian Pendidikan Merentas Masa Depan"

​
13 - 14 September 2021 . Dalam Talian di Zoom
Anjuran Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam 2021 dan
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia
  Seminar Majis Dekan 2021
  • Utama
  • Info
  • Aturcara
  • Ucaptama
  • Sidang Meja Bulat
  • Pembentangan
  • Hubungi Kami

PENDAHULUAN

Picture
Seminar Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam adalah seminar kebangsaan tahunan yang dianjurkan oleh universiti-universiti awam seluruh Malaysia. Pada tahun 2020, seminar ini dianjurkan oleh USIM dengan tema “Ke Arah Menginsankan Pendidikan di Malaysia,” manakala pada tahun 2019, ia dianjurkan oleh Universiti Teknologi MARA dengan tema “Hubungan Bestari Ke Arah Kelestarian Pendidikan.” Pada tahun 2018, seminar ini dianjurkan oleh Universiti Sultan Zainal Abidin dengan tema “Pendidikan Era Revolusi Industri 4.0: Cabaran dan Harapan.” Pada tahun ini, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia diberi tanggungjawab untuk menganjurkan seminar ini.

Tujuan

  1. Menyediakan satu platform kepada para pendidik, saintis sosial, penyelidik dan ahli akademik untuk bertukar dan berkongsi dapatan kajian dan refleksi mereka dalam pendidikan era baru melalui mekanisme pembentangan dan penerbitan.
  2. Mengetengahkan amalan terbaik, hasil penyelidikan, pengalaman dan pembinaan aplikasi sama ada yang berteraskan teknologi atau inisiatif sosial untuk mendepani cabaran pendidikan era baru.
  3. Menyediakan peluang untuk perbincangan dan perkongsian maklumat untuk penyelidik dari pelbagai organisasi, pelabur, dan industri mengenai penemuan, teknologi, dasar dan perkhidmatan ke arah peningkatan kualiti pendidikan secara menyeluruh.​

Tarikh

Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam Malaysia 2021 dijadualkan berlangsung selama dua hari iaitu pada 13 – 14 September 2021 (Isnin – Selasa).

Sekretariat

Picture

Kongsikan Kepakaran Anda

Daftar Artikel Anda!
Hubungi Sekretariat Seminar Majlis Dekan Pendidikan
​Universiti Awam 2021
Hubungi Kami
Powered by Create your own unique website with customizable templates.
  • Utama
  • Info
  • Aturcara
  • Ucaptama
  • Sidang Meja Bulat
  • Pembentangan
  • Hubungi Kami